Monday, October 13, 2014

Apam Beras

Dah cuba resepi ni. Mudah nak membuatnya. Cuma kene bancuh awal 3-4 jam sebab nak biarkan adunan kembang. Selain tu, sediakan bekas untuk mengadun yang besar sebab kan nanti takut melimpah. Rasanya resepi ni manis sket tapi oklah sebab saya suka manis. Anak-anak tak makan sangat. Mungkin sebab tak biasa makan kuih sebab saya suka suap anak nasi. Ini baru belajar nak bagi anak makan kuih. Anak-anak 2 orang baru umur 1 dan 3 tahun.

Sumber: Yatie Memories

Bahan-bahan:
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara:
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Saturday, October 11, 2014

Keropok Bayam

Keropok bayam ni kegemaran suami, memori zaman beliau kecil-kecil dulu. Saya tempek resepi pilihan dari Kak Nor Secubit Garam dan Zie Mahmud ni dulu. Belum pernah cuba tapi InsyaAllah nak buat untuk suami ter❤ .


Resipi 1: Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:
1. daun bayam secukupnya ~ dibasuh dan toskan
2. 2 cawan tpg beras
3. 1 cawan tpg gandum
4. 1 sudu kecil air kapur - jgn terlalu pekat
5. 1 sudu kecil garam
6. 1 sudu besar gula
7. 1 bj telur
8. 1 1/2 cawan air
9. 1 sudu besar jus limau nipis
10. Sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning telur
11. minyak utk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Bancuh kesemua bahan kecuali daun bayam hingga sebati,
3. Celupkan sehelai daun bayam kedalam adunan tepung (pastikan adunan rata pd keseluruhan daun) dan goreng (ulang lagi pada beberapa helai daun bayam, jgn goreng terlalu banyak sekali gus).
4. Biarkan hingga garing dan balikkan.
5. Bila ke dua belah daun dah kekuningan/garing, bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.
6. Hidangkan panas2


Resepi 2: Zie Mahmud

Bahan-bahan:
1. Daun bayam ~ 10-15 keping
2. Tepung beras ~ 3 camca besar (40g)
3. Telur ayam ~ 1 biji (Gred B)
4. Garam halus ~ Setengah camca kecil
5. Serbuk jintan manis ~ Setengah camca kecil
6. Serbuk kunyit ~ Suku camca kecil
7. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Cuci daun bayam, tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.
3. Sementara itu, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, garam dan jintan manis ke dalam mangkuk dan kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati.
5. Ambil daun bayam dan celupkan ke dalam adunan tadi dan goreng sehingga garing.
6. Hidangkan bersama nasi putih, nasi goreng atau boleh dimakan begitu saja bersama sos cili.

Jumlah hidangan: 2 orang
Friday, October 10, 2014

Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap

Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap
Loyang saiz: 10"

Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak

Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat 
1/2 sk cream of tartar 
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, tak letak

Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk

Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.
Masukkan adunan ke dalam  bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api.  Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.
Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.

Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.

Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atau epal atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat. Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan - 1 tahun. Terima kasih pada Datin Naini Drahman atas petua ini. 

Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan simpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan. 
  

Kuih Lompang

Kuih Lompang Resepi II

Bahan bahan:

Bahan A:
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 sudu teh kapur makan
2 cawan air 
Sedikit pandan paste

Bahan C:
100 gram kelapa parut (campurkan sedikit garam dan kukus)

Cara cara:
Masak dahulu bahan A hingga gula larut. Biarkan sejuk. Sementara itu panaskan air dalam periuk pengukus.

Satu dan kacau Bahan B di dalam mangkuk. Kemudian tuang bahan A ke dalam mangkuk tadi. Kacau sehingga sebati. 

Tapis dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang yang telah dilumur minyak. 

Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 20 minit. Tuang dalam acuan hanya sebelum dikukus untuk mengelak adunan dari mendap. Sebelum diangkat, saya buka tutup pengukus dan kukus tanpa penutup selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan.
Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut seperti bahan C.

ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan ke dalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.

Ayam Bakar Ala Kelantan

Okeh, da cuba resepi ni. Suami makan tak ada komen. Aqeel makan suka sangat nampaknya dia.

Siap cakap, "sedapnya ibu masak ayam".
Tapi ayah spoil mood sebab tanya Aqeel, "mana lagi sedap, ayam ibu masak ke, ayam KFC?".
Aqeel jawab, "ayam KFC!".
Ibu, "hu~~".

Saya bakar pakai pemanggang ajaib. Tapi rasanya lebih puas kalau bakar dapur arang. Marvelous gitu!

Resepi: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dengan kulit
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit rempah kari - opsyenal (tak letak)
3-4 tangkai cili kering
3 batang serai
Garam
Gula

Cara-cara:
Kisar semua bahan di atas dan masukkan garam dan gula.
Gaul sebati dan perap dengan ayam lama-lama.
Boleh dibakar di atas dapur arang atau di dalam oven.
 

Blog Template by BloggerCandy.com