Tuesday, June 28, 2016

German Cookies

Sumber: Yatie Memories

BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Biskut Dahlia

Sumber: Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 300 gm mentega
  • 160 gm gula aising
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla/rose
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Biskut Suji

Sumber: YatieMemories

Bahan-bahan
  • 250 gm minyak sapi
  • 150 gm gula aising
  • 150 gm tepung suji
  • 300 gm tepung gandum
  • 30 gm susu tepung
  • secubit garam
  • ceri merah - utk hiasan
  • cawan kertas secukupnya
Cara-cara
  1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang
  2. Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu
  3. Adunkan hingga jadi doh yg lembut. Rehatkan 15 minit
  4. Bulatkan dan masukkan dlm mangkuk kertas
  5. Hiaskan dgn ceri yang telah dihiris kecil
  6. Bakar selama 20 minit sehingga masak

Biskut Arab Susu

Sumber: YatieMemories

Bahan-Bahan
  • 2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
  • 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cwn tepung gandum(di ayak)
  • ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

  1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!

Biskut Cornflakes Rangup

Sumber: YatieMemories

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
Tuesday, November 18, 2014

Bubur Cha Cha Tepung Gandum

Semalam buat bubur cha cha ni. Musim hujan-hujan  gini rindu pula nak makan bubur cha cha air tangan emak. Tak boleh balik kampung sebab ni kan musim banjir. Sob... Sob... So.. kene la buat sendrik jek. Walaupun tak sama rase macam emak buat tapi Alhamdulillah boleh la jugak merasa bubur cha cha ni.

Sebenarnya ku main campak-campak tak ikut sukatan pon. Hihi... Ni ada 2 resepi. 1 bertulis dan 1 dari YouTube.

Sumber 1: Kelip-kelip Comel

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam nise a.k.a gula melaka
1/2 biji kelapa ~ diambil santan, jgn terlampau pekat & jgn terlampau cai
Secubit garam
Daun pandan
Gula secukup rase (ku tambah)
Secubit garam

Cara-cara:
1. uli tepung gandum bersama air suam.... uli hingga tak melekat kat tangan... kalau melekat kat tangan tambah gandum yee...
2. kemudian, gentelkan doh jd panjang2
3. dah siap bentukkan panjang2.....didihkan santan bersama nise a.k.a gula melaka, secubit garam & daun pandan...biarkan hingga mendidih..
4. bila dah mendidih...masukkan tepung...biarkan sehingga tepung masak...
5. boleh diangkat dan dihidangkan....

Sumber 2: YouTube Dapur Kota Singa

Selamat mencuba! 


Monday, October 13, 2014

Apam Beras

Dah cuba resepi ni. Mudah nak membuatnya. Cuma kene bancuh awal 3-4 jam sebab nak biarkan adunan kembang. Selain tu, sediakan bekas untuk mengadun yang besar sebab kan nanti takut melimpah. Rasanya resepi ni manis sket tapi oklah sebab saya suka manis. Anak-anak tak makan sangat. Mungkin sebab tak biasa makan kuih sebab saya suka suap anak nasi. Ini baru belajar nak bagi anak makan kuih. Anak-anak 2 orang baru umur 1 dan 3 tahun.

Sumber: Yatie Memories

Bahan-bahan:
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara:
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
 

Blog Template by BloggerCandy.com